Hinakah kerjaya niaga tanpa modal?

Assalammualaikum wbt...

   Hinakah kerjaya niaga tanpa modal? Apakah kerjaya itu?? Sudah pasti tuan/puan, si pembaca blogs ini tertanya-tanya kerjaya apa yang saya nukilkan ini. Benar bukan?? Ya memang ada kerjaya niaga tanpa modal. Tetapi kerjaya ini memerlukan ketahanan mental yang sangat kuat dan memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Perasaan malu dalam diri haruslah dikikis dibuangnya jauh-jauh.

  Kerjaya ini sangat memberi manfaat kepada seluruh kehidupan alam bumi ciptaan ALLAH SWT. Ia sentiasa menjaga kebersihan kehijauan bumi alam semesta ini. Perlukah kita berasa malu jika menggalas pekerjaan ini? Jika menggalas pekerjaan ini, adakah kita tidak menabur budi kepada seluruh kehidupan alam semesta? Yaa haruslah kita bersyukur pada Yang Maha Esa kerana kita hanya diberi peluang menumpang di alam bumi ini. Mengapa kita perlu merasa malu jika kita menggalas pekerjaan ini? Beringatlah, janganlah kita mempunyai sifat negatif iaitu pepatah Melayu berkata "Hidung tinggi... " Lupa diri. Dalam ayat Kitab Suci Al Quran juga menyatakan " Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri... "  (Surah Luqman 31 :18)
 

   Disebalik kerjaya ini, ia dapat memberi kesan positif kepada sesiapa yang menggalas pekerjaan ini. Kesan positifnya adalah jika para peniaga ini melaburkan hasil wang yang diperolehi dari kerjaya niaga tanpa modal ini ke dana dana pelaburan yang bertauliah ia dapat mengembangkan kembali nilai wang ringgit dari nilai yang rendah ke nilai yang lebih tinggi. Contohnya seperti nilai pelaburan emas, unit amanah, takaful & lain-lain. Adakah dengan kaedah sebegini merugikan para peniaga tanpa modal ini? Tidak sama sekali. 

   Mesti tuan/puan tertanya-tanya, bagaimanakah cara atau kaedah pelaburan ini? Mudah sekali. Cara dan kaedahnya adalah seperti berikut; Peniaga tanpa modal ini haruslah menyimpan atau mengumpulkan hasil wang yang diperolehi ke dalam akaun bank yang mereka telah milikinya. Apabila sudah mencukupi untuk pembelian emas, peniaga ini haruslah pergi ke kedai emas yang berhampiran untuk membeli barang kemas iaitu emas. 

    Jika sudah membelinya barang kemas iaitu emas seperti cincin, gelang dan sebagainya pergilah ke cawangan Ar-Rahnu yang berhampiran bagi mencagarkan sebagai sandaran sementara barang kemas yang telah diperolehinya. Iaitu menukarkan barang kemas iaitu ditukarkan kepada nilai wang ringgit. Jika telah ditukarkan dari emas kepada nilai wang ringgit, peniaga tanpa modal bolehlah pergi mendaftarkan diri bagi membuka akaun pelaburan yang bertauliah di cawangan-cawangan bank yang berhampiran.
   Melaburlah wang ringgit ke dalam akaun unit amanah, takaful, hartanah dan sebagainya. Adakah ia merugikan? Tidak sama sekali. Ia memberi keuntungan jika si pelabur melaburkan wang ringgit mereka di situ kerana nilainya sentiasa meningkat naik mengikut kadar nilai semasa. 

   Dipendekkan cerita ini, apakah manfaatnya? Manfaatnya adalah anda tidak perlu malu dalam kerjaya niaga tanpa modal ini, iaitu menjual barang lusuh. Ia dapat menambahkan pendapatan wang sampingan anda. 
   Jadikanlah kisah ini sebagai tauladan hidup anda. Dengan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada siapa yang membaca bloger ini. Segala yang baik dari ALLAH SWT dan segala yang buruk dari kelemahan dari diri saya sendiri. Terima kasih, barakallah tawaqal amin wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan Trillion One Ventures.

Zurich Takaful Malaysia Berhad