Zurich Takaful Malaysia Berhad
Kemelut Ekonomi.
Kisah seorang nukilan, apa dan bagaimana kisahnya? Mari kita jelajahi... Pada suatu hari, seorang pemuda yang asalnya sebagai seorang jurujual kereta Perodua dijemput seorang ahli kewangan iaitu kakitangan bank, menjemput & mengesyorkannya pergi berkursus ke bahagian simpanan kewangan iaitu skim simpanan ke akaun Takaful & Unit Amanah. Dengan tanpa segan silunya, tidak lagi pandang ke belakang pemuda itu terus menyahut seruan kenalannya sebagai seorang Perunding Kewangan yang bertauliah.
Apa yang menarik & bagusnya menjadi seorang Perunding Kewangan adalah ilmu kewangan wajib kita semua ketahui. Tidak kira siapa pun kita, semua manusia tidak kira bangsa jantina dan usia akan mengenggam wang di tangan sendiri. Kita bekerja, berkhidmat bakti kepada aset pembangunan negara. Semua akan memperolehi gaji dan pendapatan sebagai upah titis-titis peluh kita. Jika kita tidak mempunyai ilmu kewangan yang kukuh, kadar inflasi iaitu "musuh ekonomi" menguasai nilai kewangan yang kita miliki tanpa disedari iaitu susut begitu sahaja. Begitulah akibatnya jika kita tidak mengambil peduli selok belok ilmu kewangan. Beringatlah, berbelanjalah dengan mengikut keperluan dan penuh berhemah mengikut kemampuan diri anda sendiri. Dalam bidang ekonomi, pepatah Melayu mengatakan "ukur baju di badan sendiri.'.
Seeloknya dalam jangka masa satu tahun di awal tahunan kita setiap individu sebagai rakyat Malaysia yang bekerjaya, perlulah pergi merujuk dan mendengar nasihat daripada Penasihat Kewangan Malaysia yang bertauliah agar kita terselamat daripada terancamnya kesusutan nilai kewangan yang kita telah miliki daripada hasil susah payahnya kita mencari rezeki. Mohonlah kepada mereka Penasihat Kewangan membuat kira-kira Perancang Kewangan kepada individu yang mempunyai pendapatan tetap mahupun tidak mempunyai pendapatan tetap.
Apakah manfaatnya bila kita membuat persediaan kira-kira Perancang Kewangan? Manfaatnya adalah, kita tahu berapakah dana sasaran yang perlu kita sediakan untuk persediaan awal sebelum kita meletakkan jawatan ataupun bersara daripada pekerjaan yang kita pikul dewasa ini.
Selain dari itu, ia juga memberi manfaat untuk melangsaikan hutang, jika kita ada berhutang dengan mana-mana pihak mahupun individu. Seperti mana dalam hadis menyatakan " Semua dosa orang yang mati syahid itu diampuni kecuali hutangnya..." hadis riwayat Muslim.
Tidak lupa juga, ia juga menjadi baik suatu peninggalan untuk waris kita, sepertimana hadis menyatakan "Hendaklah engkau tinggalkan waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan susah meminta-minta kepada manusia..." Hadis riwayat Bukhori Dan Muslim. Itulah sebaiknya.
Pelaburan juga dikategorikan sebagai perniagaan antara kuantiti dan kuantiti. Kuantiti dan kuantiti bermaksud pertukaran antara nilai wang dengan sejumlah wang mengikut kadar nilai semasa. Pelaburan yang dimaksudkan ini sepertimana Pelaburan Takaful, Pelaburan Unit Amanah, Pelaburan Saham & dan lain-lain. Itulah yang dikatakan pertukaran antara kuantiti dan kuantiti. Jika anda ingin merujuk dan ingin mendapatkan ilmu pelaburan, anda boleh mendapatkan buku-buku pelaburan di kedai buku yang berhampiran. Perniagaan kuantiti dan kualiti pula adalah perniagaan yang biasa ada di depan mata kita iaitu perniagaan pertukaran nilai wang dengan sejumlah bilangan barang yang kita beli. Itulah kuantiti dan kualiti.
Jika kita mengenggam sejumlah wang, pegang dan amalkanlah kata moto ini "Simpan dulu, baru belanja." Dalam sektor ekonomi jika anda pegang dan amalkan kata moto ini dengan izin Tuhan anda tidak akan jatuh miskin. Seperti terteranya Hadis Nabi SAW.
"Telah datang kepada Rasulullah S.A.W. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu dan kemudian bertawakal atau saya lepaskan saja kemudian bertawakal?" Rasulullah S.A.W. menjawab, maksudnya : "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakal."
(Hadis Riwayat al-Tarmizi)
Jadikanlah cerita pendek ini sebagai pedoman hidup kalian. Wallahhualam bissawab. Tawaqal Barakkalah Amin Wassalam.