Pantai Berubah.

Assalammualaikum...

   Bagaimana & apa kisahnya? Mari kita jelajahi kisah seorang pemuda. Pada asalnya seorang pemuda itu, beliau hanya bekerjayakan seorang mekanik kereta bermain dengan minyak enjin hitam & kotor asalnya. 

   Apakah manfaatnya jika menjadi seorang mekanik kereta walaupun kerjanya begitu berat kalau kita mengalaskannya demi mencari sesuap nasi. Yaa ada manfaatnya. Apakah manfaatnya? Mari kita jelajahi. Kereta telah lama menjadi suatu kenderaan keperluan yang diguna pakai oleh semua masyarakat seluruh pelusuk dunia. Tidak mati di telan zaman, sejak di zaman penjajahan Inggeris lagi.  Kereta masih lagi diguna pakai walaupun berlakunya perubahan zaman teknologi yang sedia ada dewasa kini. 

   Jika kita mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang pembaik pulih kenderaan terutamanya kereta. Jika berlakunya kerosakkan yang tidak diingini, kita tahu apa punca kerosakkannya. Sekurang-kurangnya pemilik kereta tidak terjatuh dalam gaung helah manipulasi. Walaupun kita tidak mempunyai peralatan yang cukup untuk membaik pulihnya. Sekurang- kurangnya kita mempunyai ilmu dan tahu apa punca masalah kerosakkan yang menimpanya. Dengan ilmu automotif yang kita telah pelajari, ia dapat melindungi sejumlah kewangan yang kita janakan untuk pembaikian kereta yang kita miliki ini. Inilah manfaatnya.

  Sambungan dari kisah seorang pemuda mekanik tadi, bila di waktu kelapangan di waktu kerjanya, pemuda ini merehatkan diri bersandarkan kusyen kereta yang telah rosak di bengkel pencarian rezekinya, secara sambilannya pemuda ini membaca sebuah buku motivasi berkulit biru yang berjudul "Membina Imaginasi Cemerlang." Dikarang oleh penulisnya yang tidak asing lagi iaitu Dr. HM Tuah Al Hajj.

   Hasil dari pentelaahan buku itu, buku itu banyak mengajarnya dan memberinya pendedahan yang cukup tinggi sehingga ia dapat merubah keadaan hidupnya dari seorang pekerja yang makan gaji, berpakaian baju yang kotor kepada seorang yang lebih berkalibel, berwawasan, aktif dan agresif. Benarlah apa yang telah dikalamkan oleh Yang Maha Kuasa Langit Dan Bumi di dalam Al-Quran, Surah Ar-Rad Ayat 11 "Allah SWT tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya" 

   Dengan perubahan yang dilakukan pemuda itu, dia menukarkan kerjayanya dari seorang mekanik kereta kepada seorang si penjual kereta. Berbeza tatacara kerjanya dan imej pakaiannya apabila dia telah menukarkan kerjayanya.

   Tugasnya amatlah mudah berbanding kerjayanya seorang mekanik kereta sebelum ini. Tugasnya dia perlulah meletakkan target jualan yang hendak dicapainya setiap bulan. Contohnya lima buah kenderaan mestilah terjual dalam jangkamasa sebulan. Itulah target jualannya. 

   Setiap dalam pengurusan jual beli kereta kepada prospeknya, dia pergi ke bank-bank bagi memohon pinjaman bank bagi urusan hutang pembelian kereta kepada prospeknya itu. Apa yang menariknya pihak bank juga ada membuka ruang dan peluang kepada masyarakat umum bagi menyertai kursus-kursus kewangan bagi sesiapa yang berminat untuk menambahkan pendapatannya secara sambilan mahupun sepenuh masa. Apa yang terbaik, dia menyertai program yang dianjurkan oleh pihak bank itu secara sambilan sebagai kerjaya tambahannya. 

   Setelah beberapa kali ia menyertai kelas kelas program kewangan, pemuda itu cuba melompat terjun ke bidang perekonomian sebagai kerjaya barunya. Itulah yang terbaik dalam kehidupan barunya.

   Jadikanlah cerpen ini sebagai contoh panduan hidup anda si pembaca sebagai batu loncatan untuk mengubah status, imej dan keadaaan kehidupan anda yang baru. Terima kasih, Barakallah Amin Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Penubuhan Trillion One Ventures.

Zurich Takaful Malaysia Berhad