Zurich Takaful Malaysia Berhad
Kemelut Ekonomi. - January 27, 2023 Kisah seorang nukilan, apa dan bagaimana kisahnya? Mari kita jelajahi... Pada suatu hari, seorang pemuda yang asalnya sebagai seorang jurujual kereta Perodua dijemput seorang ahli kewangan iaitu kakitangan bank, menjemput & mengesyorkannya pergi berkursus ke bahagian simpanan kewangan iaitu skim simpanan ke akaun Takaful & Unit Amanah. Dengan tanpa segan silunya, tidak lagi pandang ke belakang pemuda itu terus menyahut seruan kenalannya sebagai seorang Perunding Kewangan yang bertauliah. Apa yang menarik & bagusnya menjadi seorang Perunding Kewangan adalah ilmu kewangan wajib kita semua ketahui. Tidak kira siapa pun kita, semua manusia tidak kira bangsa jantina dan usia akan mengenggam wang di tangan sendiri. Kita bekerja, berkhidmat bakti kepada aset pembangunan negara. Semua akan memperolehi gaji dan pendapatan sebagai upah titis-titis peluh kita. Jika kita tidak mempunyai ilmu kewangan yang kukuh, k...